Wednesday, December 12, 2012

Penanda Wacana


Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk membentuk perenggan yang teratur.
Contoh:
 jadi
kemudian
dengan
akhirnya
walau bagaimanapun
sebelum
oleh sebab itu
tambahan pula
lebih-lebih lagi
justeru
namun demikian
di samping itu

Monday, December 10, 2012

Ayat Pasif


Ayat pasif ialah ayat yang menerangkan benda atau orang yang dikenakan  perbuatan ke atasnya. 
Dalam ayat pasif, objek diutamakan, mempunyai kata kerja berawalan “di-“ serta diikuti kata sendi nama “oleh” hanya digunakan pada pelakunya yang terdiri daripada kata ganti nama diri ketiga.
Subjek
Kata Kerja Pasif
Pelaku
Pokok itu
ditanam  oleh
Susan.
Kek itu
dibuat oleh
ibu.
Kerja itu
telah disiapkan oleh
-nya.

Dalam ayat pasif, imbuhan awalan “-di” tidak digunakan apabila pelakunya terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua.  Pelakunya ditulis di depan kata kerja pasif.
Subjek
Pelaku
Kata Kerja Pasif
Pokok itu
saya
tanam.
Kek itu
kami
buat.
Kerja itu
telah kamu
siapkan.

Sunday, December 9, 2012

Kata Bantu


Kata bantu ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan frasa kerja dalam ayat.  Kata bantu terbahagi kepada dua jenis, iaitu
Kata Bantu Aspek
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa dari segi perbuatan itu sudah, sedang atau akan dilakukan.
sudah
pernah
sedang
telah
masih
akan
belum



Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam ialah perkataan yang menyatakan ragam perasaan tentang perbuatan yang dilakukan.
hendak
harus
dapat
mahu
boleh
mesti



Saturday, December 8, 2012

Bandingan Semacam


Bandingan semacam merupakan bahasa kiasan yang menunjukkan keadaan atau sifat seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan.  Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud percakapan.


Adil macam hakim
Kasar macam kulit biawak
Angkuh macam merak
Kesat macam pasir
Becok macam murai
Kuat macam Badang
Berani macam harimau
Laju macam kilat
Berat macam batu
Lambat macam kura-kura
Besar macam gajah
Lembut macam sutera
Bijak macam pendita
Liat macam getah
Biru macam laut
Licin macam belut
Bisa macam ular
Lurus macam bendul
Bising macam pasar
Merdu macam buluh perindu
Bulat macam bola
Merah macam biji saga
Bebas macam burung
Nipis macam kertas
Cantik macam bidadari
Pahit macam hempedu
Cerah macam siang
Pedas macam cili
Cerdik macam kancil
Pekak macam badak
Cepat macam kilat
Putih macam kapas
Degil macam keldai
Rajin macam semut
Deras macam ribut
Ringan macam kapas
Diam macam tunggul
Riuh macam pasar
Gelap macam malam
Sejuk macam ais
Garang macam harimau
Sibuk macam lebah
Gebu macam kapas
Tajam macam sembilu
Gelojoh macam langau
Takut macam tikus
Gemuk macam gajah
Tandus macam padang pasir
Halus macam baldu
Tenang macam tasik
Hijau macam daun
Tinggi macam galah
Hina macam kucing kurap
Tumpul macam belakang parang
Hitam macam arang
Tua macam lengkuas
Ikal macam mayang
Wangi macam bunga
Jernih macam cermin
Zalim macam Firaun
Jinak macam merpati

Friday, December 7, 2012

Kata Pemeri


Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.  Terdapat dua kata pemeri, iaitu “ialah” dan “adalah”.
i.     Kata pemeri “ialah” diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
ii.    Kata pemeri “adalah” diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh:
a)     Gadis yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b)     Hui Fen adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah saya.
c)     Tarikh tutup pertandingan itu adalah pada hari Jumaat. 

Thursday, December 6, 2012

Kata Nafi


Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu “ bukan” dan “tidak”. 
Kata nafi “bukan” digunakan untuk di depan frasa nama dan frasa sendi nama. 
 Contoh:
a)     Wanita yang berbaju putih itu bukan ibu saya.
b)     Beg ini bukan untuk Suzi tetapi untuk kakak saya.

Kata nafi “tidak” digunakan untuk di depan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh:
a)     Melepak di pusat permainan komputer tidak memberikan sebarang faedah.
b)     Perigi di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

Kata nafi “bukan” boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh:
a)     Adik saya bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.