Latihan

Simpulan Bahasa

Latihan 1:  Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

1.  Kucing yang dilanggar oleh kereta itu tinggal _______________ sahaja.

2.  Dia bekerja cepat seperti ______________ kerana hendak menghabiskan kerja-kerjanya sebelum    makan malam.

3.  Abang asyik _______________sahaja kerana hendak mengumpul wang untuk membeli sebuah kereta.

4.  Roslina menjadi _______________ apabila melihat banyak pakaian yang cantik di pasar raya itu.

5.  Orang yang ________________ tentu mempunyai banyak kawan.

6.  Mak Cik Tan menjadi _______________ apabila mengetahui anaknya ditimpa kemalangan.

7.  Pak Cik Bujang ________________ di kebunnya setiap hari untuk mencari rezeki bagi menyara hidup keluarganya.

8.  Perhubungan antara Swee Li dengan Swee Mei __________ sahaja.

9.  Ibu bapa Pei San amat _______________ tentang pelajarannya.  Oleh sebab itu, Pei San sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

10. Tiong Yau merupakan ________________ bagi pasukan bola keranjang di sekolahnya.

cacing kepanasan            ikat perut              
nyawa-nyawa ikan          ambil berat        
ringan mulut                    bau-bau bacang
bermandi peluh               lipas kudung                
ayam tambatan               rambang mata

Latihan 2:  Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

1.  Mei Hua  _____________ untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

2.  Dia digelar ____________ kerana tidak tahu malu.

3.  Rompakan bank itu telah menjadi ____________ orang ramai.

4.  Beng Hooi berasa ____________ ketika menerima hadiah daripada guru besarnya.

5.  Kakak ipar saya baru mendapat seorang _____________ setelah lima tahun berkahwin dengan abang saya.

6. Penduduk kampung itu ____________ untuk mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Ahad ini.

7.  Jangan harapkan sebarang derma daripada Encik Lim kerana dia terkenal dengan gelaran ______ .

8.  Sin Lei ingin ____________ kakaknya yang belajar di Universiti Sains Malaysia.

9.  Leshmi cepat memahami apa-apa yang diajarkan oleh gurunya kerana dia ____________ .

10.  Pelajar-pelajar akan berasa gembira dan bangga apabila dipuji kerana mereka memang _______ .

besar hati                 muka bantal                          
mencari akal            cahaya mata          
buah mulut               mengikut jejak                            
ringan kepala           bulat kata
tangkai jering           makan angkat

Peribahasa

Latihan 1:  Tulis peribahasa yang sesuai bagi maksud yang diberi.

       bagaimana acuan begitulah kuihnya            
       bagai galah  di tengah arus
       seperti api dalam sekam                            
       air dicincang tidak akan putus
       bagai abu di atas tunggul                            
       bagai mendukung biawak hidup
       bagai sirih pulang ke gagang                    
       bagai mencurah air ke daun keladi
       bagai aur dengan tebing                            
       seperti rusa masuk kampung

1.  Kelakuan anak pasti mengikut orang tuanya.
     ____________________________________________________

2.  Saudara-mara tidak dapat dipisahkan oleh sebarang perselisihan
     ____________________________________________________

3.  Berkeluh-kesah kerana sentiasa susah hati
     ____________________________________________________

4.  Hidup tolong-menolong dan bekerjasama
     ____________________________________________________

5.  Tercengang-cengang apabila tiba di tempat yang tidak pernah dilihat
     ____________________________________________________

6.  Perbuatan jahat yang tersembunyi
     ____________________________________________________

7.  Melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri
     ____________________________________________________

8.  Kedudukan yang tidak tetap
     ____________________________________________________

9.  Memberi nasihat kepada orang yang degil
     ____________________________________________________

10. Kembali ke tempat asalnya
     ____________________________________________________

Latihan 2:  Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.  Persahabatan antara Farah dengan Susan sungguh rapat ______________________________.

2.  Keadaan kini _________________________ , bila-bila sahaja nyawa kita akan terancam.

3.  Saiful ______________ apabila tiba di Kuala Lumpur, tempat yang tidak pernah dilawatinya.

4.  Pak Man berjalan ________________ kerana keletihan setelah sehari suntuk bekerja di ladang.

5.  Kedua-dua orang baharu itu ______________________ .

6.  Ibu selalu menasihati kami supaya pandai menggunakan masa lapang dengan melakukan aktiviti 
     yang berfaedah kerana ____________________________ . 

7.  Jalan yang menuju ke Tanah Tinggi Cameron itu bengkang-bengkok ______________________ .

8.  Sia-sia sahaja kita memberi nasihat kepada Kelvin yang degil kerana perbuatan kita ini sama
     ______________________________________ . 
  
  • bagai itik pulang petang
  • seperti ular kena palu
  • masa itu emas
  • seperti mencurah air ke daun keladi
  • bagai dakwat dengan kertas
  • seperti rusa masuk kampung
  • bagai telur di hujung tanduk
  • bagai pinang dibelah dua

Penjodoh Bilangan

Latihan1: Pilih jawapan yang sesuai.

1.  Encik Chan telah dianugerahi se __________ sijil penghargaan kerana jasanya.
     A.  gulung                 B.  cebis                 
     C.  helai                    D.  gelung

2.  Saya mengakhiri syarahan saya dengan se __________ pantun.
     A.  untai                    B.  papan              
     C.  tandan                 D.  rangkap

3.  Pak Salim membeli dua __________ tiang besi dan se __________ dawai untuk dijadikan
     ampaian.
     A.  utas .....gelung         B.  buah.....batang
     C.  batang..... gelung     D.  kaki.....gulung

4.  Ahmad telah menjumpai se __________ kunci ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.
     A.  biji                       B.  gugus  
     C.  tandan                 D.  berkas

5.  Pekerja-pekerja itu sedang mengait beberapa __________ kelapa sawit.
     A.  biji                       B.  sikat    
     C.  rumpun                D.  tandan

6.  Pemburu itu telah melepaskan beberapa ___________ tembakan ke arah sasarannya.
     A.  das                       B.  laras    
     C.  pucuk                   D.  jambak

7.  Beribu-ribu _________ surat khabar dapat dicetak dalam masa yang singkat.
     A.  naskhah               B.  keping 
     C.  helai                    D.  buku

8.  Pak Cik Busu memikul se __________ kayu api dari hutan di belakang rumahnya.
     A.  batang                 B.  ruas     
     C.  berkas                 D. ketul

9.  "Tolong berikan saya se __________ nasi.  Saya sangat lapar," rayu pengemis itu kepada nenek
     saya.
     A.  teguk                   B.  suap    
     C.  kepul                   D.  gemal

10. Dalam kebakaran itu, sebanyak enam __________ rumah kedai musnah dijilat api.
     A. laras                     B.  rangkai
     C.  pintu                    D.  rawan

Kata Adjektif

Latihan 1 :   Pilih jawapan yang sesuai.

1.  Dia berasa __________ apabila mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang rumit itu.
     A.  bingung               B.  lega    
     C.  rindu                   D.  segan

2.  Rumput-rampai yang __________ di halaman rumah saya telah ditebas oleh abang dan ayah.
     A.  halus                    B.  tebal                
     C.  besar                   D.  hijau

3.  Lampu pelita itu mula __________ kerana kehabisan minyak.
     A.  gelap                    B.  malap
     C.  muram                  D.  hitam

4.  Suara penyanyi terkenal itu sungguh ___________ .
     A.  garau                    B.  serak 
     C.  merdu                   D.  nyaring

5.  Bapa berasa sungguh __________ ketika pulang dari pejabat.
     A.  bengis                  B.  malas 
     C.  letih                      D.  zalim

6.  Tembikai itu ___________ macam bola.
     A.  bulat                    B.  panjang
     C.  besar                   D.  bujur

7.  Wajahnya __________ padam ketika dimarahi oleh ibunya.
     A.  kuning                 B.  biru                  
     C.  putih                    D.  merah

8.  Setiap ibu bapa tentu __________ akan anak sendiri.
     A.  benci                   B.  hormat
     C.  bosan                  D.  sayang

9.  Pemuda itu menunggang motosikalnya dengan ___________ .
     A.  laju                      B.  lincah 
     C.  lancar                  D.  pantas

10.Rumahnya __________ dari sekolah.
     A.  baharu                 B.  jauh     
     C.  dekat                   D.  belakang

Latihan 2: Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

 karib          kejam          lapang          gelisah          kelat         keruh          empuk          becak

1.  Ibu kelihatan ___________ apabila kakak balik lewat.

2.  Pembunuh yang __________ itu telah menyerah diri.

3.  Layang-layang sesuai dimain di tanah yang __________ .

4.  Azman merupakan sahabat __________ Ramlan.

5.  Tayar kereta pak cik terbenam di dalam tanah yang __________ .

6.  Ziana tidak termakan buah mangga yang __________ .

7.  Biskut yang __________ itu habis dimakan adik.

Kata Kerja


Latihan 1 :   Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1.  Kami sekeluarga __________ di Tanjung Malim sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh.

2.  Ibu __________ tepung sebelum membuat kek pisang.

3.  Api yang ____________ dengan cepat telah memusnahkan sederet kedai.

4.  Kaki Hamzah __________ semasa menjalani latihan gimnastik tadi.

5.  Pelajar yang _________ dinding akan didenda.

6.  Adik _________ mata apabila adegan yang seram muncul di kaca televisyen.

7.  Dua orang pegawai sedang _________ tentang cadangan pekerjanya.

8.  Pak Hassan __________ apabila mengetahui bahawa anaknya ponteng sekolah.

mengayak                  merebak                meradang               menconteng
memejamkan             berbahas                terseliuh                 singgah

Latihan 2:  Pilih jawapan yang betul.

1.  Cikgu Teh sedang sibuk ___________ kertas jawapan peperiksaan.

2.  Anjing itu sedang _________ seketul tulang.

3.  Mei Mei dan kakaknya _________ di taman pada setiap pagi.

4.  Encik Lim _________ sebuah beg ketika menuju ke dalam bank.

5.  Ibu _________ dulang tembaga itu sehingga berkilat.

6.  Dua orang pekerja sedang __________ simen di kawasan lapang itu.

7.  Pihak kami belum __________ apa-apa berita daripada Majlis Perbandaran Melaka.

8.  Burung itu sedang _________ di atas dahan.

menjunjung    menggonggong      menggaul
bertenggek    berjoging               mengelap  
menggilap      menyemak            menggigit
menerima      menjinjing              membancuh

Kata Keterangan

Isikan tempat kosong dengan kata keterangan yang sesuai.
1.  Abu menangis __________ setelah didenda oleh guru disiplinnya.

2.  Pemandu kereta yang __________ melanggar undang-undang akan digantung lesennya.

3.  Pemandu teksi itu membawa penumpangnya dengan _________ .

4.  Pakar perubatan yang terkenal itu memeriksa pesakitnya dengan _________ .

5.  Adik saya __________ bercakap walaupun hanya berumur 4 tahun.

6.  Para pekerja digesa untuk menyiapkan kerja yang _________ selesai itu.

7.  Ensaiklopedia ini _________ mahal daripada kamus itu.

8.  Majlis tari-menari yang _________ rancak berlangsung itu dihadiri oleh tetamu kehormat.

cermat        teresak-esak        lebih            teliti    
 kerap        petah                   sedang        belum

Kata Ganti Nama Diri 

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.  " __________ ingin menyertai pertandingan melukis poster, cikgu," kata La King dan Meng Chong kepada Cikgu Lim.

2.  "Terima kasih, __________ ," kata pembantu rumah itu kepada Encik Lim selepas permohonannya untuk bercuti diluluskan.  

3.  __________ seorang raja yang disegani kerana bersikap adil.

4.  " __________ hendak mengikut ibu ke pasar raya?" tanya ibu kepada adik.

5.  " Bolehkah ________ tunjukkan di mana letaknya Menara Kuala Lumpur?" tanya pelancong asing itu kepada Ani.

6.  " Tolong tunjukkan lesen memandu __________ ," kata polis itu kepada Puan Kong.

7.  " Kawan-kawan, __________ dikehendaki membawa warna poster esok," kata ketua kelas.

8.  "Usahlah __________ bimbang akan kesihatan ayah," kata ibu kepada Sabha.

 tuan        kamu        baginda        puan        
kami        saudari      kalian          kamu

Kata Sendi

Latihan 1: Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.
1.  Bapa Abdulah bekerja keras _________ menyara hidup sekeluarganya.

2.  Orang yang takut __________ kegagalan tidak akan berjaya.

3.  Kita hendaklah mendapat kebenaran ___________ pihak sekolah sebelum menjalankan aktiviti.

4.  Setip rakyat mestilah taat ___________ raja dan negara.

5.  Biasanya, lelaki lebih kuat _________ perempuan.

6.  Kedai runcit itu dibuka _________ pukul 9.00 pagi _________ 5.00 petang.

7.  Kereta yang dipandu __________ laju telah ditahan oleh polis.

8.  Murid-murid sedang menanam sayur __________ taman sains.

9.  Peragawati itu sedang menyapu bedak __________ pipinya.

10. Barang-barang ini akan dieksport __________ luar negara.

di          dari           kepada          daripada          hingga
ke         pada         dengan           untuk               akan

Latihan 2 : Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.  Azman sedang bermain __________ arnab kesayangannya.
A.  dalam          B.  dengan         C.  oleh         D.  pada

2.  Buku kerja kamu ada _________ Cikgu Teh.
A.  di          B.  pada         C.  untuk          D.  dengan

3.  Majalah ini saya pinjam __________ Zairi.
A.  dari          B.  daripada          C.  dengan         D.  di

4.  Chee Yi menyampaikan hadiah kepada adiknya sambil mengucapkan "Selamat Hari Jadi" _______nya.
A.  untuk        B.  ke        C.  pada          D.  kepada

5.  Halim meminta izin _________ Cikgu Wee untuk pulang awal kerana demam.
A.  kepada          B.  daripada         C.  dengan         D.  dari

6.  Ayah membeli sebentuk cincin berlian __________ ibu sebagai hadiah hari jadi ibu.
A.  ke          B.  kepada         C.  untuk            D.  demi

7.  __________ kereta-kereta ini, yang mana satukah paling mahal?
A.  Di          B. Dengan          C.  Dalam          D.  Antara

8.  Abang ditegur oleh ayah kerana sering merayau __________ larut malam.
A.  hingga          B.  ke          C. kepada         D.  di

9.  Kami dihidangkan _________ minuman dan kuih-muih yang enak.
A.  oleh          B.  ke         C.  dengan          D.  untuk

10.  Adik merayu __________ saya agar pergi ke kedai buku bersamanya.
A.  kepada         B.  daripada        C.  dengan        D.  dari

Kata Hubung


Latihan 1: Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.  Buku rujukan itu sangat tebal __________ harganya murah sahaja.
A.  tetapi        B.  kerana         C.  lalu          D.  jika

2.  Adik tidak dibenarkan menonton televisyen __________ kerja sekolahnya belum selesai.
A.  dan          B.  supaya         C.  selagi         D.  manakala

3.  Tulisan Kassim kemas __________ cantik.
A.  agar         B.  atau          C.  kalau         D.  dan

4.  Kamu mesti berusaha sedaya upaya _________ hendak berjaya.
A.  jika          B.  kerana          C.  supaya         D.  tetapi

5.  Kakak masih kebingungan untuk membuat keputusan sama ada belajar di universiti tempatan  __________ di luar negara.
A.  tetapi        B.  seraya         C.  atau         D.  serta

6.  Ayah dan ibu bekerja setiap hari __________ hari Sabtu dan hari Ahad.
A.  kecuali        B.  tetapi         C.  jika         D.  sungguhpun

7.  Puan Tan suka berlagak seperti orang kaya __________ kehidupannya sederhana sahaja.
A.  apabila         B.  padahal          C.  atau          D.  kecuali

8.  Ibu mencuci pakaian _________ menyidai pakaian itu di ampaian.
A.  dan        B.  lalu         C.  sambil          D.  setelah

Kata Ganda

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.  Asap __________ keluar dari bumbung rumah Encik Tan.
A.  berketul-ketul      B.  berkepul-kepul      C.  bertompok-tompok     D.  berhimpit-himpit

2.  Ahmad berlari _________ kerana dikejar oleh seekor anjing yang garang.
A.  selang-seli      B.  copak-capik      C.  lintang-pukang     D.  kelam-kabut

3.  Lipas mempunyai sepasang __________ yang panjang.
A.  sesungut      B.  kekisi      C.  jejari      D.  kekabu

4.  Baris _________ zip boleh dibuka dan ditutup dengan menggunakan slaid berbaji.
A.  gerigi     B.  jejari     C.  bebiri     D.  kekisi

5.  Puan Lim menghidangkan __________ yang sedap untuk menjemput tetamu pada malam ini.
A.  lauk-pauk      B.  rumput-rampai     C.  saki-baki      D.  rempah-ratus

6.  Badan Siva menjadi __________ kerana menghidapi penyakit barah.
A.  lemah gemalai      B.  kurus kering     C.  kering-kontang      D.  lemah-lembut

7.  Budak yang cuai itu _________ dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu dengan laju.
A.  nyaris-nyaris     B.  bulat-bulat     C.  entah-entah     D.  kalau-kalau

8.  Saya berasa bimbang apabila melihat lelaki itu _________ di hadapan rumah saya.
A.  liang-liuk     B.  kontang-kanting     C.  mundar-mandir      D. mandi-manda

9.  Api lilin itu _________ apabila kipas angin dipasang.
A.  terincang-incut     B.  terumbang-ambing    C.  berulang-alik     D.  meliang-liuk

10.Baju pengemis itu kotor dan _________ .
A.  segan-silu     B.  saki-baki     C.  koyak-rabak      D.  lekuk-lekak

Pengimbuhan

Pilih jawapan yang paling sesuai.
1.  Pada cuaca panas, kerbau Pak Abu suka __________ di dalam bendang.
A.  dikubang      B.  berkubang     C.  mengubang     D.  kubangan

2.  Sesiapa yang melakukan pembakaran _________ akan dikenakan denda.
A.  pembuka     B.  membuka     C.  terbuka      D.  dibuka

3.  __________ dari rumah saya ke sekolah mengambil masa selama sepuluh minit sahaja.
A.  Perjalanan     B.  Berjalan     C.  Menjalankan     D.  Menjalani

4.  Izwan mengambil bajunya yang __________ di dalam almari.
A.  menggantung     B.  menggantungkan    C.  tergantung     D.  gantungan

5.  __________ itu sedang memberi keterangan kepada pihak mahkamah ketika berlangsungnya  perbicaraan.
A.  Mahaguru    B.  Jurubahasa     C.  Sasterawan     D.  Juruacara

6.  Terdapat pelbagai __________ rekreasi dan penginapan yang disediakan di Pulau Pangkor.
A.  termudah     B.  semudah     C.  kemudahan     D.  memudahkan

7.  Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk _________ murid-murid tentang kehidupan haiwan.
A.  mendedahkan    B.  didedahkan      C.  pendedahan     D.  dedahan

8.  Pemburu itu telah melepaskan dua das __________ ketika hendak menangkap harimau itu.
A.  tembakan     B.  penembak     C.  menembak      D.  penembakan

9.  Setelah tamat pertandingan syarahan itu, upacara penyampaian hadiah pun _________ .
A  berada      B.  diadakan       C.  mengadakan      D.  keadaan

10. Cikgu Suraya menyuruh murid-muridnya menulis tentang _________ ibu bapa mereka.
A.  biografi       B.  duniawi      C.  biologi      D.  karyawan

11. __________ itu sedang menggayakan pakaian rekaan Rizalman Ibrahim.
A.  Pramugari      B.  Olahragawati      C.  Seniwati      D.  Peragawati

12. Orang ramai sedang mendapatkan tandatangan __________ terkenal yang sedang melancarkan hasil penulisan terbaharunya.
A.  novelis     B.  jurugambar     C.  seniman      D.  profesional

13. Ibu _________ adik bongsu telur goreng.
A.  masakan      B.  masakkan      C.  memasak      D.  memasakkan

14.  __________ anak sulung, saya mesti menolong ibu menjaga adik-adik yang masih kecil.
A.  Sebagai      B.  Pelbagai      C.  Berbagai      D.  Bagaikan

15.  Murid-murid di kelas itu kebanyakannya lemah dalam _________ Bahasa Malaysia.
A.  tatasusila      B.  tatabahasa      C.  tatacara      D.  tatatertib

Penanda Wacana

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.  Kim Leng seorang budak yang nakal.  _________, kawan-kawannya semakin menjauhkan diri daripadanya.
A.  Oleh sebab itu       B.  Sebelum itu       C.  Kemudian        D.  Lebih-lebih lagi

2.  Ibu berjalan kaki ke pasar _________ rumahnya tidak jauh dari pasar.
A.  Justeru        B.  Lagipun       C.  Akhirnya        D.  Jadi

3.  Majlis dimulakan dengan persembahan yang menarik oleh murid-murid.  __________, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah.
A.  Namun demikian        B.  Selepas itu         C.  Jadi         Dengan itu

4.  Kita mesti berhati-hati ketika menunggang basikal.  _________, kita juga perlu bertolak ansur semasa di jalan raya.
A.  Di samping itu         B.  Oleh itu         C.  Selepas itu          D.  Lagipun

5.  Dia tidak menggunakan baja kimia.  _________. dia menggunakan najis haiwan, sisa-sisa buangan dan daun-daun reput untuk membaja sayur-sayuran.
A.  Akhirnya          B.  Sesungguhnya         C.  Sebaliknya         D.  Padahal

6.  Kakak sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana di luar negara.  __________, dia telah memperoleh ijazah di Universiti Sains Malaysia.
A.  Sebelum itu         B.  Selepas itu         C.  Walaupun begitu         D.  Oleh itu

7.  Kaki Azman belum betul-betul pulih.  _________, dia tetap mahu bermain bola sepak.
A.  Namun begitu        B.  Selain itu          C.  Oleh sebab itu           D.  Justeru

8.  Ali selalu ditegur oleh ibunya supaya tidak berdegil.  __________, dia masih tidak mengubah sikapnya.
A.  Selepas itu         B.  Lantaran itu         C.  Sebaliknya        D.  Namun demikian

9.  Alice pulang dari pasar bersama ibunya.  _________, dia menolong ibunya menyiang ikan.
A.  Sebelum itu         B.  Sesungguhnya         C.  Kemudian         D.  Padahal

10. Bersenam dapat menyihatkan badan.  __________, kita tidak mudah dijangkiti penyakit.
A.  Dengan itu         B.  Sesungguhnya         C.  Tambahan pula         D.  Kemudian

4 comments: