Nota Tambahan

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap.

Makna simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

Simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan.

Contohnya:

abu jahal:  orang yang suka mengacau orang lain.

abu nawas:  orang yang pandai mencari helah atau alasan

ada hati:  ada kemahuan untuk melakukan sesuatu

ada jalan:  mempunyai cara

adu domba:  menyebabkan dua belah pihak bersengketa

akal kancil:  pandai membuat helah

angkat muka:  memberi muka atau terlalu memanjakan seseorang

*** Sila rujuk video untuk mendapatkan lebih banyak simpulan bahasa dan maksudnya.


Peribahasa
  1. Bagai aur dengan tebing -bekerjasama
  2. Bagai bulan dipagarkan bintang -seorang wanita yang cantik
  3. Bagai enau di dalam belukar - mementingkan diri sendiri atau tidak sependapat
  4. Bagai ikan pulang ke lubuk -seseorang yang pulang ke tempat asal
  5. Bagai mendukung biawak hidup -menanggung beban yang menyusahkan
  6. Bagai buntal kekenyangan -bodoh dan sombong tetapi bercakap
  7. Bagai denai gajah lalu -rahsia tidak dapat disembunyikan 
  8. Bagai cicak makan kapur -mendapat malu atas kesalahan yang dilakukan sendiri
  9. Bagai badak terendam -orang yang gemuk dan malas
  10. Bagai abu di atas tunggul -keadaan yang tidak tetap dan sentiasa berubah
  11. Bagai dihiris dengan sembilu -pedihnya rasa
  12. Bagai dakwat dengan kertas -tidak boleh berpisah
  13. Bagai beliung asahan -persahabatan yang sangat
  14. Bagai berumah di tepi tebing -sentiasa dalam kegelisahan
  15. Bagai anjing buruk kepala -dibenci oleh masyarakat kerana kejahatannya
  16. Bagai ayam mengeram telur -seri muka seorang perempuan
  17. Bagai ayam dimakan tungau -orang yang kurus dan pucat
  18. Bagai itik pulang petang -berjalan lambat
  19. Bagai pinang dibelah dua -pasangan yang serasi
  20. Berbulan madu -suasana bahagia selepas berkahwin @ pergi melancong selepas upacara perkahwinan
  21. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian -fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal 


Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan tempat secara umum.  Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan setiap ayat.  Contoh kata nama am adalah seperti berikut:

  • orang      :  kakak, guru, adik datuk, abang, ayah, ibu, doktor, kerani, hakim, jurutera
  • binatang :  lembu, burung, kancil, kambing, iken, ulat, ular, ayam beruang, kucing
  • benda      :  pen, radio, rumah, buku, meja, basikal, komputer, jambatan, kasut
  • tempat     :  perpustakaan, bilik, padang, kantin, kolam, sungai, kandang, zoo
  • tumbuhan:  bunga, lalang, rumput, serai, buluh, padi, sayur, pokok
Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata yang merujuk orang, haiwan, benda, tempat, masa dan lain-lain secara khusus.  Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.


  • orang     :  Tun Hussein Onn, Doktor Tan,  Cikgu Lim
  • haiwan   :  Sang Kancil, Pak Belang, Si Comel
  • benda    :  Proton Wira, Sony, Bata
  • tempat  :  Malaysia, Melaka,  Jalan Cheng
  • masa     :  Ahad, November, Disember


Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh Bilangan
penggunaannya
Contohnya
angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis
baris untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang untuk menunjukkan benda-benda yang panjang sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin
berkas untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kunci, lidi, kayu
bidang untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah sabun, roti, benang
butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain
cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan jari garam, gula, kunyit
cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate
das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang
deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi
gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai bunga, kunci
kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda burung, awan, pulau, bintang
kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan nasi, pulut, tanah
keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat untuk bahagian benda-benda yang dipotong roti, tiang
Ketul untuk benda-benda yang berketul dan padu ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum untuk bungs mawar, melati, anggerik
Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang
longgok untuk benda-benda yang berada dalam longgokan durian, pakaian, tanah, cili
naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan coklat, petai, mercun
pasang untuk benda dan manusia yang berpasangan pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa untuk bahagian dalam buah durian
pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah untuk kata perkataan, kata-kata
potong untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti
pucuk untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung untuk sebahagian benda yang masih menyala rokok, bara, kayu api
rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair
rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat jala, jaring, pukat
ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh
rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun
tongkol untuk buah yang bertongkol jagung
ulas untuk isi buah-buahan yang berpangsa durian, limau, nangka, cempedak
urat untuk benda-benda yang halus dan panjang rambut, benang, dawai,
utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai

Kata Ganda

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian       atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.
          Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
 Contoh : 
Gandaan kata namaGandaan Kata kerjaGandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat
 
sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2.       Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.
Kata Ganda Seluruh
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
2 Kata Ganda Semu
1.       Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3.       Kata ganda semu terdiri daripada kata name.
Senarai Kata Ganda Semu
agaragar analanal angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput jentikjentik kanakkanak kisikisi kunangkunang
kudakuda kupukupu kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams sumpahsumpah ubunubun umangumang undangundang
3 Kata Ganda Separa
1.       Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2.       Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga
4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1.       Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a)      persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batananak-pinakbolak-batik
beli-belahcalar-balarcompang-camping
bengkang-bengkokcerai-beraidolak-dalik
corat-coretcomot-momotgopoh-gapah
degap-degupgotong-royonggunung-ganang
dentam-dentumkarut-marutharu-biru
desas-Jesuskaya-rayahuru-hara
gembar-gemburkuih-muihhuyung-hayang
gerak-geripindah-randahkacau-bilau
Gandaan Separa  Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelakibebolalelabahpepohonjejari
kekudajejentikkekabudedaunkekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-paukbatu-batasaudara-marabukit-bukaukacau-bilau
tunggang-langgangtanah-tanihsemak-samunbengkang-bengkokgelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahutolong-menolongjahit-menjahittarik-menarikkejar-mengejar
sulam-menyulamtawar-menawarkata-mengatasepak-menyepakkarang-mengarang
tari-menaritangis-menangisrampas-merampastumbuk-menumbuksimpan-menyimpan

Tatabahasa :  Kata Bilangan 

1.  Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2.  Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu :
     i.   Kata Bilangan Tentu      
           Contohnya satu, sepuluh, seribu, sejuta.
          • Kata bilangan tentu perlu digunakan bersama-sama dengan penjodoh bilangan.

     ii.   Kata Bilangan Tak Tentu                
          •  Contohnya beberapa, para, berbagai-bagai, pelbagai, semua, segala,
             sekalian, segenap, setengah-setengah.
          •  Sesetengah kata bilangan tak tentu tidak perlu  diikuti oleh penjodohbilangan.

     iii.  Kata Bilangan Pecahan     
          •  Contohnya setengah, suku, seperempat.

     iv.  Kata Bilangan Pisahan
          •   Contohnya setiap, masing-masing, tiap-tiap
     v.  Kata Bilangan Himpunan              
          •   Contohnya kedua-dua, berpuluh-puluh, berabad-abad dan beribu-ribu.
          •    Kata bilangan himpunan digunakan bersama-sama dengan penjodohbilangan.  
     vi.   Kata Bilangan Tingkat
          •   Contohnya ketiga, pertama, keempat.
          •   Tanda sempang (-) digunakan untuk merangkaikan  awalan ke- denganangka. 
               Contoh: abad ke-15.


Kesalahan Penggunaan Tatabahasa

1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.
2.
      Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
  • Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
    Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
    Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
  • Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
  • Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
  • Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
  • Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6.      Kata mereka tidak boleh diulang.
  • Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
  • Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
1.      Terdapat 6 jenis kata bilangan:
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap
 murid
c.
 berbagai warna
d.
 kedua mempelai

betul
 
      a. setengah-setengah orang
      b. tiap-tiap
 murid
      c.
 berbagai-bagai warna
      d.
 kedua-dua mempelai
3.      Kata para tidak boleh diulang.
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
  • dua setengah meter ( salah )
  • dua suku jam ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan
1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.
      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
BETUL
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh  buah kampung
segala ekor binatang
  sekalian orang peserta
  para orang guru
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru






3.      Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran
Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada
   ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
    perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat darisutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Devi datang  dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuatdaripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
3.  Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
     ~ 
 Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
     ~  Ayu berkebun
 di belakang rumah ( betul  )
     c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
    ~  Pada
 pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
    d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
    ~  Buku itu ada
 pada Suzie. ( betul )
4.      Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
      Contoh:
      a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
      -  Wang itu diberikan
 kepada Rahmah. ( betul )
      b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
      -  Ibu pergi
 ke pasar setiap hari ( betul )
      c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
      -  Latihan itu akan diadakan dari semasa
 ke semasa. ( betul )
Kata Kerja   
1. Ada dua jenis kata kerja:
    a. kata kerja transitif
    b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
  • kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
  • kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
  • kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
  • kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
  • kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
  • Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
    a. buang sampah ( salah ) 
        membuang sampah ( betul )
    b. goring ikan ( salah )
        menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
    Contoh:
SALAH
BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihati saya agar rajin belajar.
5.      Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
  • Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
  • Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
  • Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
  • Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6.      Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:
     -   tanya kepada Hamidah ( salah )
         bertanya kepada Hamidah ( betul )
     -  jangan lompat ( salah )
         jangan
 melompat ( betul )
     -   senyum kepada Kartina ( salah )
        
 tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata Hubung
1.      Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
  • Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
  • Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
  • Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2.      Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3.      Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
·        Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
·        Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
·        Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
·        Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
·        Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
1 adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.  
     Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH
BETUL
Apakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?
2.  boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
     Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH
BETUL
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.




3.   bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH
BETUL
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.
4.  pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
BETUL
Kawasan pendalaman  itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
·        pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
·        Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
·        Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
·        Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2.  Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
·        dua biji telur
·        semua murid
·        para pendidik
·        pelbagai acara
·        segala haiwan
·        sekalian penduduk
·        seluruh kawasan
3.  Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
·        Lukisan itu cantik-cantik belaka.
·        Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
·        Ayam di situ gemuk-gemuk.
·        Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
·        Gadis di sini cantik-cantik.
·        Kuih itu sedap-sedap rasanya.
·        Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
·        Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4.  Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
·        D beerti unsur yang diterangkan
·        M beerti unsur yang menerangkan
      Contoh:
SALAH
BETUL
lain-lain hal
Nani Kedai Roti
goreng cempedak
Maggi mi
tomato sos
mini bas
mini taman
hal-hal lain
Kedai Roti Nani
cempedak goring
mi Maggi
sos tomato
bas mini
taman mini
5. Frasa Adjektif
·        Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
·        Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.
·        Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH
BETUL
Bangunan itu tertinggi.
Nani terpandai.
Orang itu terkuat.
Bangunan itu paling tinggi.
Nani paling pandai.
Orang itu paling kuat
·        Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.
Contoh:  Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
               Nani mendapat markah yang
 tertinggi di dalam kelas. ( betul )
               Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
               Noralah pemain yang
 terhandal. ( betul )
               Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
               Itulah gunung yang
 tertinggi di dunia. ( betul )
·        Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:
SALAH
BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh indah nian pemandangan di situ.
Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indah pemandangan di situ.
·        Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:
SALAH
BETUL
Budak itu tidak suka durian.
Nora sangat takut anjing.
Nani sangat gemar filem Hindustan.
Mereka tidak perlu pertolongan kami.
Saya benci sikapnya itu.
Budak itu tidak suka akan durian.
Nora sangat takut akan anjing.
Nani sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka tidak perlu akan pertolongankami.
Saya benci akan sikapnya itu.
6. Frasa Kerja Intransitif
·        Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
·        Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif  sebagai kata utamanya.
·        Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH
BETUL
berlandaskan pada undang-undang
berbantalkan dengan lengan
berpandukan pada kamus
beratapkan dengan langit
bertilamkan dengan rumput
berlandaskan undang-undang
berbantalkan lengan
berpandukan kamus
beratapkan langit
bertilamkan rumput
  • Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
BETUL
Kamu mesti ingat janji-janjimu
Kakak tidak mahu tidur sini.
Beliau akan datang kampung ini.
Nani ingin berjumpa cikgu.
Saya ingin bertemu gadis itu.
Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak tidak mahu tidur di sini.
Beliau akan datang ke kampung ini.
Nani ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Frasa Kerja Transitif
  • Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
  • Di antara kata kerja transitif  dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu.
Kami membincangkan tentang masalah itu.
Mereka melebarkan lagi jalan itu.
Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.
Beliau turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan masalah itu.
Mereka melebarkan jalan itu lagi.
Nani menceritakan pengalamannyasemasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan perjuanganmenentang penjajah.
Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
·        frasa kerja pasif diri pertama
·        frasa kerja pasif diri kedua
·        frasa kerja pasif diri ketiga
3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.
5.      Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
6.      Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
BETUL
diambil olehku
dibuang oleh kami
disimpan oleh kita
dihantar oleh saya
dilaksanakan oleh patik
diburu oleh hamba
kuambil
kami buang
kita simpan
saya hantar
patik laksanakan
hamba buru
7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan  dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
BETUL
ditanya oleh anda
diberikan oleh engkau
dibeli oleh kamu
dikirim oleh awak
diperintahkan oleh tuanku
dibersihkan oleh kalian
anda Tanya
engkau berikan
kamu beli
awak kirim
tuanku perintahkan
kalian bersihkan
8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.    
SALAH
BETUL
beliau tulis
dia kumpulkan
mereka kutip
baginda rasmikan
ia bersihkan
ditulis oleh beliau
dikumpulkan olehnya
dikutip oleh mereka
dirasmikan oleh baginda
dibersihkan olehnya
8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH
BETUL
kami akan atasi
kita perlu tolong
saya sudah kirim
hamba akan khabarkan
patik belum laksanakan
anda mesti edarkan
engkau telah baca
kamu akan baiki
awak mesti  siapkan
kalian harus bereskan
akan kami atasi
perlu kita tolong
sudah saya kirim
akan hamba khabarkan
belum patik laksanakan
mesti anda edarkan
telah engkau baca
akan kamu baiki
mesti awak siapkan
harus kalian bereskan
KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan
·        Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
·        Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH
BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggaldi Relang atau Jelai.
Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.
Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.
Baik yang kaya atau yang miskin datang
ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.
Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.
2. Ayat Pancangan
·        Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i.  Kereta itu terbabas.
ii.
 Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
·        Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH
BETUL
Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.
Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.
Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.
·        Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:
SALAH
BETUL
Kami berdoa kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.
Kami berdoa agar kamu berjaya.
Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.
3. Ayat tergantung
·        Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
·        Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. 
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
·        Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
·        Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ ayat tergantung 
·        Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.
SALAH
BETUL
Di seluruh negara mengalami banjir.
Kerana hal itu akan dibincangkan.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak pelajar lulus dengan baik.
Ada pihak membangkang cadangan itu.
Dia yang datang kelmarin
Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan
Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah perlu kita lakukan sekarang?
Siapa kata saya berbohong?
Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih.
Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu  tumpas.
Yang manakah betul?
Seluruh negara mengalami banjir.
Hal itu akan dibincangkan.
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak pelajar yang lulus dengan baik.
Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
Dia datang kelmarin.
Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.
Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong?
Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih.
Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.
Yang manakah yang betul?
4.      Ayat yang Tidak Betul Susunannya
·        Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
·        Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.
Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.

5 comments:

  1. Nota-nota ini sesuai bagi murid-murid mengulangkaji. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini !

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Saya akan berusaha meletakkan nota lagi demi kebaikan murid-murid.

    ReplyDelete
  3. Syabas, blog cikgu penuh dengan nota dan gambar serta video.

    ReplyDelete
  4. Nota yang disediakan oleh Cikgu baik dan lengkap!

    ReplyDelete