Thursday, December 6, 2012

Kata Nafi


Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu “ bukan” dan “tidak”. 
Kata nafi “bukan” digunakan untuk di depan frasa nama dan frasa sendi nama. 
 Contoh:
a)     Wanita yang berbaju putih itu bukan ibu saya.
b)     Beg ini bukan untuk Suzi tetapi untuk kakak saya.

Kata nafi “tidak” digunakan untuk di depan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh:
a)     Melepak di pusat permainan komputer tidak memberikan sebarang faedah.
b)     Perigi di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

Kata nafi “bukan” boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh:
a)     Adik saya bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

No comments:

Post a Comment